Konsultasi Guaman Syarie
Sesi konsultasi ini direka khusus untuk membantu anda memahami keseluruhan proses di Mahkamah Syariah dengan lebih jelas, tersusun dan strategik sebelum anda mengambil sebarang tindakan lanjut tanpa melantik Peguam Syarie.
Melalui sesi ini, anda bukan sekadar diberi penerangan, tetapi dibimbing oleh peguam syarie yang berpengalaman untuk melihat kedudukan kes anda secara menyeluruh termasuk risiko, kekuatan, dan strategi terbaik yang sesuai dengan situasi anda.
Kami memahami bahawa setiap kes rumah tangga bukan sekadar isu undang-undang, tetapi melibatkan emosi, masa depan, dan hak anda sebagai seorang isteri dan ibu.
Sepanjang tempoh 1 jam sesi konsultasi ini, anda akan:
1. Diterangkan secara jelas tentang hak dan tanggungjawab anda di bawah undang-undang Syariah.
2. Dibantu menilai kedudukan kes anda secara profesional bukan sekadar andaian.
3. Diberikan cadangan strategi tindakan yang lebih tepat dan selamat mengikut situasi anda.
4. Dibimbing tentang dokumen dan bukti yang perlu disediakan untuk menguatkan kes anda di mahkamah.
5. Diterangkan pilihan terbaik sama ada untuk meneruskan tindakan sendiri atau menggunakan representasi peguam bagi melindungi hak anda sepenuhnya.
Yuran Konsultasi: RM99/1 jam
Yuran konsultasi tambahan: RM50 bagi setiap 1 jam berikutnya dan akan dibayar selepas sesi konsultasi tamat.
Terima kasih kerana mempercayai kami untuk membantu anda mendapatkan panduan guaman yang berlandaskan Syariah, dengan empati dan profesionalisme.
Selepas pembayaran dibuat, tuan/puan akan menerima pautan borang melalui emel untuk diisi sebagai maklumat awal bagi membolehkan pihak kami memahami fakta kes dengan lebih jelas.